PERISTIWA LUKA, MASJID SULTAN MUZAFFAR SHAH

Masjid Kerisik atau Masjid Sultan Muzaffar Shah, masjid Kerisik dalam bahasa Thailand dikenali Krue Se Mosque atau Pitu Krue-ban Mosque, terletak di Wilayah Patani.

Kerisik adalah perkataan Melayu yang bererti pasir di kawasan pantai yang berwarna putih bagaikan mutiara. Pada zaman dahulu, apabila orang-orang Arab berlayar sampai ke pantai ini, mereka menamakan kawasan ini “lu lu” atau “mutiara” dalam bahasa Melayu. Perkataan ini kemudiannya menjadi nama kepada sebuah kampung, pada masa ini dikenali dengan panggilan “Tanjung Luluk” yang terletak di Wilayah Patani.

Nama resmi Masjid Kerisik adalah “Masjid Sultan Muzaffar Shah”. masjid ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara dibina dengan menggunakan bata merah buatan kampung Tarab Bata, sekarang di kawasan Gamia Daerah Muang Wilayah Patani.

Binaanya mengikut senibina Timur Tengah. Cara penyusunan batanya dilakukan dengan menggunakan campuran kulit kerang dengan beras pulut hitam yang ditumbuk lumat kemudiannya dicampurkan bahan tersebut dengan adonan telur putih dengan manisan cair. Cara ini merupakan salah satu kebijaksanaan Melayu temptan pada masa itu.

Masjid ini dibangunkan pada zaman Sultan Muzaffar Shah pada tahun 2057 B.E / 1514 A.D (Anan Watananikorn 2531 : 64) mengikut saranan Syeikh Shafiyuddin Al-Abbas (ulama Fiqih yang digelar Dato’ Faqih Diraja). Setelah selesai pembinaannya, Masjid Kerisik ini dianggap sebagai Masjid Rasmi Kerajaan Melayu Patani Darussalam. Selain daripada berperanan sebagai tempat ibadah, di sini juga dijadikan pusat hal ehwal agama Islam dan juga sumber pengajian berbagai-bagai bidang ilmu berkaitan Islam.

Kesan keruntuhan yang jelas kelihatan pada bagian kubahnya itu akibat daripada peperangan yang berlaku di antara Patani dan Siam/Thailand pada Julai – November 1786 (Zamabai A Melik : 1993 :96). Meskipun masa telah berlalu selama 5 abad, Masjid Kerisik masih tegak bertahan sebagai tempat yang sangat bernilai dari sudut sejarah, kesenian dan seni bina sejak dahulu sampailah sekarang.

Pada 28 April 2016, sudah 12 tahun tragedi Majid Kerisik (Kruse Mosque) berlalu dan yang pasti kenangan pahit ini tidak akan hilang di hati rakyat Patani. Mereka kehilangan saudara-mara dengan sekelip mata sahaja dan ada juga yang cacat kekal, sehingga sekarang menurut masyarakat setempat, pembunuhnya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa sehingga sekarang.

Masjid Kerisik merupakan sebuah masjid di Wilayah Patani yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk beribadat. Peristiwa berdarah yang berlaku pada (28 April 2004) sewaktu masyarakat selesai menunaikan solat fardhu, dengan tiba-tiba di kepung oleh tentera Siam/Thailand, jemaah masjid tidak dibenarkan keluar dalam tempoh masa yang lama sehingga tembakan bermula yang bukan hanya dari tentera malah juga bom dari helikopter Apache yang dijatuhkan kedalam kubah masjid.

Dapat dibayangkan situasi pada masa itu, rakyat yang tidak berdosa dibunuh sebegitu rupa yang cukup menggambarkan kekejaman pihak tentera dan kerajaan Thailand pada masa itu sehingga mengorbankan sejumlah 108 nyawa anak muda dan orang tua yang tidak berdosa. Bukan hanya membunuh, malah penduduk diugut oleh ketua tentera dengan menggunakan speaker masjid  agar memberitahu bahawa yang melakukan ini adalah kelompok pemisah jika ditanya dari luar.

By : Zulkifli Bin Ahmad.

Comments

Red : Faizun Ibnihusen

Aktivis Indonesia (APPI)