Sejarah Singkat: Tuan Guru Haji Abdul-Qadir (Pondok Taqdam)

Nama beliau adalah Tuan Guru Haji Abdul-Qodir Bin Haji Daud, Ayahandanya bernama Haji Daud Bin Abdullah, Ibundanya bernama Hajjah Wan Maryam Binti Ismael. Tuan Guru Haji Abdul-Qodir, beliau lahir di kampung Tanjung Luluk, daerah Muang, provinsi Patani pada hari sabtu 3 Rabi’ul-Awal 1360 M bersamaan tanggal 1 Maret 1941 M.

Ayahndanya telah meninggal ketika beliau masih dalam kandungan ibunya baru dua bulan, ketika itu ayahandanya baru usia 25 tahun saja. Tuan Guru Haji Abdul-Qodir, beliau adalah anak anak tunggal. Kemudian ibundanya baru berkahwin dengan seorang lelaki yang mulia yaitu Haji Abdulrahman Tok Nahwu, beliau adalah ayah tiri bagi Abdul-Qodir yang selaku pembela, pendidik dan pengasuh hingga beliau berusia dewasa. Tuan Guru Haji Abdul-Qodir Bin Haji Daud mempuyai saudara seibu sebanyak sepuluh orang, tujuh laki-laki dan tiga parempuan.

Fase Pertama; Masa Pendidikan Tuan guru Haji Abdul-Qadir

Beliau dapat pendidikan awal di Sekolah Krusek dan melanjutkan pula pembelajarannya di tingkat penengah di Sekolah Benjama Racuthip kemudian berpindah ke Sekolah Ma’had al-Tarbiyah (Pondok Bandar) selama 2-3 tahun. Setelah itu beliau mulai belajar kitab di Pondok Bandar Kancil atau (Pondok Mak Kuche) dengan Tuan Guru Haji Ahmad atau (Pakcu Ma’) selama 2 tahun dan Tuan Guru Haji Ismael selama 1 Tahun.

Sesudah pembelajaran ilmu kitab di pondok tersebut. Kemudian beliau berhijrah ke tanah suci Makkah al-Mukarramah untuk melanjutkan pengajiannya, semasa itu beliau baru berusia 19 tahun. Institusi pengajiannya adalah dengan To’ku Jali, asal Indonesia selama 4 tahun, selain itu beliau belajar kitab dengan Tuan Guru Ismael (Pa’do Ae), Tuan Guru Syeikh  Abdul-Qdir al-Mandili, asal Indonesia, Tuan Guru Kyai Haji Ibrahim Gurah dan seorang lagi Tuan Guru Kyai Li Jia, keempat Tuan Guru itu adalah kalangan termasyhur dikala itu.

Selain itu, beliau telah diperkawinkan dengan seorang wanita yang baik budi pekerti yaitu Hajjah Mariyah Binti Haji Daud di tanah suci Makkah al-Mukarramah, dan hidup berkeluarga di sana hampir 7 tahun lamanya.

Kemudian beliau berpulang ke tanah jawi (tanah Melayu) bersama telah mendapatkan seorang anak putri yang diberi namanya Amirah. Namun satu sumber yang lain mengatakan semasa beliau pulang ke tanah air Patani, beliau baru usia 25 tahun.

Setelah beliau pulang, Haji Ibrahim (Ta’yah Him) yang merupakan nenek dari isterinya dan telah memberikan amanah kepada beliau supaya mentadbir sebuah pondok yang dikenal Pondok Taqdam, saat itu beliau masih usia 26 tahun.

Sebelum beliau menerima sebagai guru muda, pondok ini telah diasas pada masa silam oleh ketiga orang Tuan Guru yaitu Tuan Guru Haji Ibrahim (Ta’yah Him Taqdam), Tuan Guru Haji Abdul Shomad dan Tuan Guru Ismael yang adalah sebagai menantu Ta’yoh Him.

Tuan guru Haji Abdul-Qadir, beliau dianugerah sebanyak sembilan orang anak, dua laki-laki dan tujuh perempuan.

Fase Kedua; Aktivitas Tuan guru Haji Abdul-Qadir

Bliau mencurah tenaganya sebagai Tuan Guru yang menyebarkan ilmunya sampai terkenal dan mempunyai muridnya sangat banyak, sebagian muridnya yang berjaya hingga dapat mendirikan pondok di daerahnya masing-masing yang hasil dari natijah ilmunya.

Kemudian beliau mengajukan permohonannya kepada pihak kerajaan supaya diresmi sebagai sekolah agama swasta yang mengajar agama Islam pada tahun 1971 M, dan telah mengangkatkan tingkat pendidikannya di dalam dua kurikulum yaitu bagian agama dari peringkat ibtida’i hingga peringkat sanawi dan bagian umum dari peringkat SMP pada tahun 1978, kemudian SMA pada tahun 1999 hingga saat ini terkenal dengan Ma’had Al-Hidayah Taqdam (Pondok Taqdam).

Antara kitab-kitab yang diajarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Qadir

  1. كتاب اءعانة الطالبين /Fiqih
  2. كتاب شذوذ الذ هب /Nahwu
  3. كتاب التشريع الاءسلامى
  4. كتاب حسن الصياغة
  5. كتاب الورفات /Usul Fiqih
  6. كتاب منطق اءندونيسيا
  7. كتاب الأذكار النواوي
  8. كتاب رياض الصالحين /Tauhid
  9. كتاب شرقاوي /Hadisht
  10. كتاب تفسير الجلالين
  11. كتاب شيخ خالد /Nahwu
  12. كتاب متن الأجرومية /Nahwu
  13. كتاب بغية الطلاب
  14. كتاب كواكب الرية /Tauhid
  15. كتاب فواكه الجنة
  16. كتاب المتاديء الأساسية لفهم العقيدة الخلقية /Tauhid
  17. Dan lain-lainnya

Tuan Guru al-Marhum Haji Abdul-Qadir Bin al-Marhum Haji Daud telah kembali ke rahmatullah dalam usia 73 tahun pada hari Sabtu 11 Syawal 1432 H, bersamaan tanggal September 2012 pada pukul 16:10 sore, jinazah beliau diperkebumian di kampung Brala, Nongcik, Pat(t)ani.

Fase Ketiga; Karya Tuan Guru Haji Abdul-Qadir

  1. كتاب تفسير جز ء عم
  2. كتاب أصول التفسير جز ء 1-2-3
  3. كتاب مطالعة العربية
  4. كتاب نحو : تيسير النحو
  5. كتاب عقاند الأساسية /Khalaf
  6. المباديء الأساسية لفهم العقيدة الخلفية /Tauhid
  7. Dan lain-lainnya

*( Koresponden TUNAS.Online )*

Comments

Aksi Mahasiswa

Diaspora

Leave a Reply

id Bahasa Indonesia
X